if the sunrise are mine !

27.02.2012


hye dan hoi manusia.


pheww, semalam menghabiskan masa di negeri sembilan. menghadiri majlis perkahwinan abg sepupu yang kacak bergaya dengan si cantik mulus :') semoga perkahwinan yang diikat kekal hingga ke syurga, insyaAllah.


cerita semalam juga, segalanya kini bukan lagi menjadi rahsia dua hati. hati yang satu lagi muncul tanpa diduga. still, merasa sesuatu yang sebegini akan terjadi namun tidak menyangka secepat ini. dek kerana begitu teruja memiliki satu hati yang telah di isi :') 


hari ini bangun pagi tekad dalam diri, tidak akan sesekali merosakkan ketenangan yang di rasai. tidak akan ada luka dan tidak akan ada air mata ! di sini, aku yang harus membuat keputusan. melihat dirinya tenang di sisi atau menambah beban di hati. syukurlah, hampir lewat petang masa dihabiskan bersama dan terdapat banyak 'moment' yang tercipta. kasih sygg yang wujud, mana mungkin terganti yang lain. walau dalam mana rasa itu disorok, walau jauh mana ianya di bawa lari.


hati yang satu lagi memohon benar agar rasa ini terpadam terus. hati yang satu lagi meminta untuk melepaskan dan melangkah pergi. hati yang satu ini meminta agar membuat keputusan yang sangat-sangat berat ! hati yang satu itu juga meminta aku memahami hati seorang wanita ! umur yang masih muda, wajah yang cantik dek kerana make up jadi taruhan untuk aku melaksanakan permintaan yang di pohon. air mata wanita itu mengalir lebat lewat petang itu, saat roh aku bukan lagi berada di dalam jasad. saat migrain datang menyinggah. permintaan yang sama, keluhan yang serupa. mana lagi mampu aku berkata-kata? ku pohonkan sedikit waktu, memilih agar hati aku atau hati mereka yang akan terluka.


walau apa pom yang terjadi, aku tanak mengalirkan air mata di depan 151. walau sehebat mana pom dugaan dan rasa aku ketika ini, ta mungkin aku memberatkan diri dan jiwanya saat bersama aku. kalau dea boleh jadi kekuatan untuk aku selama ini, maka aku juga boleh mengizinkan hati agar kekal bertahan cekal di hadapannya. aku sygg dea, aku mahu kan dea tapi dalam hidup kita hanya ada dua pilihan saat dalam keadaan yang ini. kekal atau melangkah pergi. untuk kekal, maka ada banyak hati yang akan terluka. hati itu, hati anak-anak, hati sang keluarga, hati sebelah sana dan hati sebelah sini. wajar ke aku membenarkan hati aku yang satu ini bergembira disaat hati lain merintih hiba ? melangkah pergi, kaki masih terhenti di sini. kekal, walau badan sedaya upaya menolak diri. hati jadi semakin degil, dan hati juga semakin gigih bertahan. jadi keputusan yang mana aku patut memilih?


siapa aku yang sebenarnya untuk hatinya ? siapa hati aku yang mengintai sayangg di hatinya ? siapa aku untuk merampas hak hati yang lain ?


keputusan yang tersedia lewat petang tadi hanyalah perpisahan hati. walau hati semacam mahu patah seribu dek keputusan yang di keluarkan, walau hati semacam meronta-ronta agar ditarik semula kata-kata, walau hati menangis hiba. sentuhan yang terakhir, pelukan yang terakhir, kemesraan yang terakhir. ikhlaskah aku ? ada air mata yang mahu mengalir keluar, tapi sudah nekad dalam hati tidak akan menangis di hadapan sang dicintai. aku perlu kuat agar dea tahu yang aku sangat-sangat sedang mencuba. masa seakan cepat berlalu, ruang juga seakan sangat memahami untuk hari ini. manusia juga seakan mahu mengerti.


151, maafkan aku. kuatkan hati kau demi hati itu, cekalkan diri demi pelengkap hidup yang di syygi. kita ta mungkin akan dapat bersama kan? sebab aku masih memegang kata-kata yang tidak mahu berkongsi ! sygg aku menumpang ruang, ruang yang sangat aku berterima kasih yang telah menemukan hati kau. jaga diri sygg, aku sygg kau. :')

1 aiskrim wall's mini:

Ameera Hafiza said...

syg kaka sgt2,
dugaan teros kuat dtg mdesak ntok kaka,be strong no matter what :)