#07


teringin sekali untuk biarkan kisah-kisah kotor dan hina ku berlalu pergi, jauh dari masa kini. terus tutup dan tak mahu di ingati sampai bila-bila. hatta, sampai sana.

terlalu letih, menyakinkan manusia-manusia yang aku sudah siap berubah. terlalu berusaha untuk menjaga hati manusia-manusia, sampai aku juga letih. manusia tidak pernah mahu memahami antara erti permintaan, erti desakan.

menyesal.

ya, ada banyak perkara terlalu awal untuk aku buat keputusan. tak sabar, juga rakus.
cuma kini dalam setiap doa, aku meminta hati itu menjadi suci kembali.

rindu.

aku rindu pada diri aku yang dulu.
yang berani buat pilihan.
yang tahu mana satu baik, mana satu tak baik.
yang tahu tersenyum dalam duka dan membalas kejahatan dengan mulia.
yang tenang dalam pelukan keluarga saat semua mengejek dusta.

peluang.

banyak manusia beri peluang dalam katanya.
tapi belum tentu semuanya beri peluang tanpa ungkitan, tanpa menuntut dan dituntut.
manusia tak mahu tahu.
manusia tak mahu menilai apa yang benar di benak jiwa.

manusia.

pegang pada sikap dan sifat pada masa lalu ku.
katanya aku beri perit dan saket lebih dae sepatutnya.
manusia tidak tahu, memulakan yang baik tidak mudah untukku.
aku mencari diri aku yang dulu.
yang kuat untuk hadapi dunia.

tangisku, sakitku, peritku dan luka ku.
katanya dek perbuatan aku yang lalu.
jadi terima sahaja.
tanpa dea beri peluang,
masa lalu ku yang jijik dan kotor sudah ku buang jauh.
ku isi dengan roh yang baru.
yang minta di didik baik-baik, yang minta di usap hati-hati.

kata manusia,
aku cepat leka.
tidak cermin diri.
diejek setiap kali aku cuba untuk berkata dalam hati-hati.

manusia kata.
dia sudah hadam segalanya.
mungkin sebab itu buruk ku masih terkeluar dari bibirnya.

kata manusia dea lebih kenal siapa manikam.
dek aku masih mentah tak kenal proses dewasa.

menyesal.

masa lalu ku itu memang mengotorkan. dan ia tetap mengekori aku.
sampai mati manusia tetap mengenal aku dengan sebegitu.
menyesal.
kata-kata tiada yang betul.
manusia itu masih menyimpan sejarah kotor ku.
mungkin ada masa, dirungkai kembali.
jadi untuk dea, jahat itu masih ada.

manusia itu takkan pernah tahu berjuta titik air mata kekalahan.
tapi katanya setiap kali ada tingkah sedikit buruk "tak pelik, tak pernah berubah, tak habis-habis"
terluka. tubuhku sakit.

aku cuba robek diri, terkadang sampai jatuh menghadap bumi.
ya, aku tahu siapa diri.
manusia tidak pernah sakit, dea mudah menghadam.
aku pernah menumpang, dan saat manusia kembali.
manusia tidak terdetik untuk merasa ada bayangan aku di tempat itu.
asal cukup tenang dan bahagia.

katanya aku belum sedar diri.
aku sedar, sedar yang manusia bila-bila boleh campak aku.
mungkin kini tidak, masa depan belum tentu.

ada masa, kerinduan aku pada manusia betul-betul ada.
aku merasainya.
tapi aku tahu, setiap perlakuan, setiap perbuatan tidak memberi erti.

letih.

bila sebenarnya peluang itu kata-kata sementara untuk menghentikan perbuatan yang terjadi.
tiada peluang meluahkan isi hati kerana tahu setiap luahan cuma akan di sindir dan akhirnya aku kalah dengan hasutan diri.

maafkan aku, 
apa yang terjadi yang indah cuma sementara.
kerana aku lupa, manusia tetap kembali pada asalnya.
kerana yang asal lebih membahagiakan dan mengenalnya.

tangisan tidak bermakna.
permintaan tiada tertunai.
luahan tiada didengari.
ego menguasai diri
 
 "orang tetap menilai buruk kita, jahat kita ."