pilihan.

.adil.

lewat petang menerima pesanan ringkas

'tidak pulang seperti kebiasaan'

jujur, sebelum ini aku diam sahaja dan terima.
tapi entah mengapa untuk hary ini benteng yang aku bina roboh juga
ku tuturkan pertanyaan 'mengapa?'
mungkin kelihatannya aku sendiri tidak puas hati.

tapi bukan.
yang di sana sudah utarakan cuma mahu sabtu/ahad sahaja.
kononnya kata akan cukup masa bersama.
isnin-jumaat kau bekerja, tidak cukup masa.
namun seterusnya, aku bagi muka jumaat pulang awal.
dan akhirnya kini, pantang tiap kali cuti isnin-jumaat.
di sana juga dia pergi.

aku?
mana aku? seharusnya aku diam dan terima sahaja?
kadang aku tidak mengerti, sebenarnya siapa yang tamak?
dea yang memilih utk hari-hari dengan kau.
lantas hari-hari untuk aku mengapa disentuh?
tidak puas?
tamak?

sudah puas menghalau lalu kembali.
alasan nanti, aku aku aku yang lakukan keji.

ya,nanti kau akan lindunginya dengan ayat 'anak'?
di sini juga ada anak.
bezanya anak ini baru nak membesar.
masih lagi dengan jeritan dan tangisan.

atau sebenarnya sabtu ahad kau letakkan anak di mana-mana.
cuma berdua sahaja memuaskan nafsu dan berseronok bersama.
dan saat anak mulai bertanya, dek kerana itu terpaksa menunda?
keluar ayat "tidak puas bersama anak."

tatkala hari-hari untuk aku.
kau mulakan hari dengan pesanan ringkas bersama dea di awal pagi.
aku ? lihat saja dan senyum asal nanti maseh terlihat wajah kau depan mata.
aku ? tidak mengusik langsung hari kau dan dia.
tapi apa ku punya ?

kalau kau kata mahu adil

bukan adil dengan berhari-hari di sana.
tengok sini siapa yang perlukan kau untuk jaga dia yang masih kecil.
dek kerana kau kata wang tidak mencukupi untuk sampai menghantar lewat petang.

kalau kau mahu adil
adilinya dengan selesaikn hal kita.
bukan abeskan ratus ringgit dengan harta dunia yang cuma 'kemahuan'
adilinya dengan beri seperti yang dipinta.
atau kau sebenarnya sudah tidak kuat utk menjalani jalan ini bersama aku.
yang kau banggakan 'mereka dulu ada'
sampai boleh curi masa aku dengan kau ?

kira sekarang ini aku cuma bencana?
yang kau kata mampu hadam semua.
tapi mengapa tiap-tiap kali salah aku dulu juga di kata-kata?

itu bukan adil, itu kau beri hukuman
dan kau beri ugutan
kau tahu aku dan si kecil ini perlukan kau
lantas, kau laksanakan ini sebagai satu arahan

tidak mengapa, mungkin tuhan sedang jadikan kau untuk menghukum salah lampau aku.

dan nanti akhirnya kau tuduh aku mahu jadi TUAN !


siapa yang tidak merasa cukup?


selesaikan hal kita, bukan ambil masa yang lama. terpulang pada kau sebenarnya untuk memulakan atau tidak.
itu sahaja, bukan mengaitkan lagi kisah lama.