titipan buatmu..

sang suami.

sayangg,
sudah hampir 3 tahun kita bersama . susah senang, jerih payah, jatuh tersungkur bahkan hampir terhenti. fullstop

mujurlah, ia cuma satu koma. belum pengakhiran.

sayangg,
ingat lagi mula-mula kita bertemu ?
aku sangkakan kau sombong.
masa itu aku terlalu-lalu mentah.
baru mengenal dunia luar.
baru mahu mengenal erti kemanusiaan.

tatkala aku tahu kau sudah pun bergelar suami orang,
banyak peminat. banyak pendamping.
aku tahu diri aku begitu teruja untuk mendekati.
lantas, aku kalah dalam cintaku.
kau datang, aku sambut.

haha.
gelak senyum.
begitu banyak orang yang menentang tentang kita.
saat itu aku gila mahu kamu.
saat aku terkurung, kau masih mencari.
saat kau menyepi, kekal aku menanti.

macam-macam kita lalui.
ada masa aku jadi lupa, jadi buta mata, jadi buta hati.
tak lagi kenal siapa-siapa.
yang aku mahu cuma kamu.

gila.

29.12.2012.

ya, aku menjadi isteri kamu.
walau tak ramai yang tahu.
hatta pernikahan kita berbeda terus.

aku terlalu muda,
terlalu mentah,
terlalu taksub tentang sesuatu.
ada akar jahat yang menjalar hati.
dek desakan sekeliling.
dek tekanan bertubi dari sebelah kamu.

setahun
kita menderita.
setahun
ada benih yang ku kandung namun masalah tetap muncul.

menyesal.
tatkala segala yang jahat, yang kotor dan ternoda terlerai.
aku belajar buka mata.
kau buat aku terlalu sakit
ya mungkin sebenarnya kau juga sangat sakit
kau buat aku hampir gila
ya mungkin aku pernah buat kau jadi gila

setiap perjalanan kita
pasti ada titik noda dan hitam yang tertinggal
aku selalu berharap sejarah hitam biarkan di tutup dan dikambus terus.
biar mati.

sayangg,
berhenti adili aku dengan masa lalu ku.
berhenti keluarkan ayat yang mematah hati dan sendi tulang ku.
aku tahu jahat mana dea, kau takkan apa-apa.
cuma segalanya tentang aku.

aku muda
aku mentah
aku belum lalui apa yang telah kau lalui.

sayangg,
kalau kau tahu.
aku bukan begitu kuat untuk hadapi dunia.
untuk keluar setiap pagi tanpa kau di sisi
untuk hadap dunia yang penuh membenci aku
aku selalu rasa diperhati
aku takut

sayangg,
ada masa kita terlalu jauh kan.
entah, aku begitu rindu kau yang dulu.
yang ada duduk dengan aku tanya apa sakit aku.
yang kuatkan aku dengan nasihat yang lembut tanpa perlu hakimi aku.

Nur Qatrunnada,
dea anak kita.
anak yang semakin membesar.
hendaknya dea baik-baik sahaja.

sayangg,
terlalu banyak antara kita yang belum selesai.
aku menanti itu dari kamu.
betul-betul menanti.
tapi aku takut kau akan mengalah dan terus tinggal aku.

sayangg ku Mohd Hanafiah,
mungkin saat kau terbaca ini,
mungkin akan ada terukir sedikit senyuman dari bibir kamu.
kamu akan rasa aku cuma manusia yang cuma pandai berkata-kata dan menulis.

aku tahu sampai mati, manusia-manusia takkan boleh menerima tentang wujudnya aku.
saat ini kesusahan yang aku rasai, manusia akan mengata dan mengejek padan muka.

sayangg, 
aku selalu mahu berbincang yang baik-baik untuk kebaikan kita.
tapi acap kali sahaja perbincangan itu menyakiti dan mencalarkan aku.
kau dah tak sama, kau akan terus membengis.

sayangg,
aku doakan yang baik-baik untuk kamu.
aku akan cuba tidak menekan-nekan kamu selesaikan hal kita.
aku akan cuba senyap setiap kali kau mengetahu sesuatu yang kau cuba rahsiakan.
mungkin, aku belum layak untuk mengetahuinya.

sayangg,
aku tulus sayangg kamu.
walau ketika dulu ada calar-balar dek hasutan nafsu dan sifat keji aku.
aku selalu mahu jadi yang terbaik agar kau takkan pernah berpaling.

 sayangg,
walau beza kita 14 tahun.
aku bangga punya suami seperti kamu.
ada kebaikan untuk aku kau beri.
sekurangnya, kau belum pernah buat aku berlapar tak punya makanan.

sayangg,
aku tahu kau sedang berusaha yang terbaik.
memang antara kita banyak yang salah.
banyak yang tunggang-langgang.
aku di belakang mu, tepuk bahu dan doakan kamu.

sayangg,
terima kasih segalanya.
cuma pinta ku berhenti hakimi aku yang dulu.
hakimi aku yang sekarang, yang nanti boleh buat kau tersenyum setiap penghujung hari.

iloveyouu.